Semerah Red Velvet Di waktu Raina ingin lari daripada Emir Hadhri kek cawan Red Velvetnya telah menemukan mereka kembali Raina jadi kalut Hati Emir semakin terpaut Mereka bagai langit dan bumi Namun rasa cinta itu lebi

  • Title: Semerah Red Velvet
  • Author: Hezzy Azra
  • ISBN: 9789831248461
  • Page: 242
  • Format: Paperback
  • Di waktu Raina ingin lari daripada Emir Hadhri, kek cawan Red Velvetnya telah menemukan mereka kembali Raina jadi kalut Hati Emir semakin terpaut.Mereka bagai langit dan bumi Namun rasa cinta itu lebih mengatasi sehingga Raina tidak teragak agak untuk menjadi isteri kepada lelaki yang baharu sahaja dikenalinya.Oh rupanya tidak mudah menyesuaikan diri Banyak perbezaanDi waktu Raina ingin lari daripada Emir Hadhri, kek cawan Red Velvetnya telah menemukan mereka kembali Raina jadi kalut Hati Emir semakin terpaut.Mereka bagai langit dan bumi Namun rasa cinta itu lebih mengatasi sehingga Raina tidak teragak agak untuk menjadi isteri kepada lelaki yang baharu sahaja dikenalinya.Oh rupanya tidak mudah menyesuaikan diri Banyak perbezaan wujud di celah celah kehidupan mereka Setiap kali Emir berulit dengan buku, Raina mati kutu Raina kepingin untuk berkumpul dengan adik beradiknya, Emir pula mahukan ruang privasinya Emir terlalu obses dengan pengajiannya, Raina dambakan kemesraan mereka Tersilap kata, cemburu pula melanda.Rasa tidak puas hati semakin membukit Kisah lama kembali diungkit Hati masing masing mula rasa sakit Hidup sebumbung, tetapi tetap rasa kosong Benarkah perpisahan merupakan yang terbaik buat mereka

    • [PDF] ✓ Unlimited ↠ Semerah Red Velvet : by Hezzy Azra ↠
      242 Hezzy Azra
    • thumbnail Title: [PDF] ✓ Unlimited ↠ Semerah Red Velvet : by Hezzy Azra ↠
      Posted by:Hezzy Azra
      Published :2019-08-11T11:18:00+00:00

    About “Hezzy Azra

    1. Hezzy Azra says:

      Dengan menggunakan nama pena Hezzy Azra, anak bongsu daripada tiga adik beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Puteri Pandan sebelum bertukar ke Sekolah Rendah Convent Bukit Nanas 2 Kuala Lumpur pada tahun 1984 Meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas sehingga tamat tingkatan enam pada tahun 1992 Seterusnya melanjutkan pengajian peringkat diploma di TL Management Centre usahasama dengan Swansea Institute of Higher Education, United Kingdom dalam jurusan Business Management Kini bekerja sebagai Eksekutif Akaun dan Pentadbiran di sebuah syarikat pembinaan milik bumiputera yang beroperasi di Kelana Jaya, Selangor.Atas dasar ingin mencuba bakat, mula menulis manuskrip pertama pada tahun 2006 Setelah lima tahun dalam bidang ini, empat novel telah berjaya dihasilkan iaitu yang pertama Melodi Kasih Disember 2007 , Kenangan Terindah November 2008 Cinta Tak Beralih Julai 2010 dan Aku Pilih Dia yang baru berada di pasaran pada Disember 2011.



    2 thoughts on “Semerah Red Velvet

    1. 3.5*1.Sukakaka begitulah kejadiannya. Membaca buku ni membuatkan saya teringat kembali kenapa sebelum ini saya berniat mengumpul buku2 penulis kerana buku yg dibaca sebelum ini membuatkan saya berkira-kira utk berhenti seketika.2.Suka watak Raina selalunya kalau saya sudah tertarik dgn karakter heroin pasti lah buku tu masuk kategori favorite.3.Emir vs Zalia, dah agak dah mesti ada sesuatu yg Emir ni pendam kan.Penulis berjaya membuat saya geram dan hampir hilang sabar rasa nak selak laju2 dan m [...]

    2. Akhirnya, terjawab juga status Edrina Julia (EJ) dan Tengku Azril. Haha. Eh, buku ni bukan sambungan kisah Melodi Kasih ya, cuma kebetulan watak utamanya Emir Hadhri (Emir) adalah sepupu EJ. Maka adalah selingan kisah mereka ni. :)Seperti kisah terdahulu, kisah Emir dan Raina ni juga bermula dengan cara yang simple. Secara tak sengaja, Emir terlibat dalam pergaduhan antara Raina dan bekas teman lelakinya, Syahir di hadapan Kafe Boraque, tempat kerja Raina. Akibat malu, Raina mengambil keputusan [...]

    3. Aku bagaikan 'didera' semasa membaca buku ni. Apa taknya, bau harum semerbak kek-kek cawan yang comel, tapi aku pula dalam kuarantin makanan manis-manis ni. Haishhh saja ja tau buku ni hahaha :PFull review: 21/10/2015Nampak gayanya, HA memang tak pernah menghampakan. Ada variasi dalam kesemua ceritanya, chewahhhh sedangkan masuk ni baru 3 buah bukunya yang aku khatamkan hahaha. Tapi, ya. Aku suka dengan gaya HA. Ada 2 lagi buku awalnya yang aku masih belum temui. Takpa, nanti-nanti dapatlah tu. [...]

    4. Lama juga peram buku ni. Cadangan dari rakan2 GR tahun 2012. @rinn @gobokairina @kakzah - tak ingat. Tapi lambat no~ nak baca. Tak sangka best lak. Suka jalan ceritanya. Harap ada kisah pasal Uzair. Nak tahu kisah hidup adik-beradik Raina. Saya suka cerita kekeluargaan yang positif camni. Whole story awesome.

    5. Best jugak cerita ni.Riana - Syahir. Hubungan terjalin kerana Pn Hasnah yang berkenankan Riana mengatur perkenalan dengan anaknya yang spoil. Harapannya apabila bercinta dengan Riana, Syahir akan lebih bertanggungjawab dan Riana dapat mengubah perangai anaknya yang malas bekerja , dok mengharap ehsan fama yang harta banyaknya 5 keturunan makan tak habis. Patut disesah je anak sebegini, dah la rosak, cuba pulak merosakkan anak orang yang baik. Gaduh-baik, gaduh-baik. Akhirnya hubungan mereka terp [...]

    6. Jalan cerita yang agak simple dari salah seorang penulis kegemaran aku. Gaya penulisan Hezzy Azra tidak pernah mengecewakan dan penggunaan Bahasa Inggeris yang superb.Dari segi plot cerita, I think this time, Kak Hezzy membawa isu yang tak beberapa berat tetapi masih memberi message kepada pembaca, especially yang sudah mendirikan rumahtangga.Semerah Red Velvet menceritakan pertemuan singkat diantara Raina dan Emir yang membuahkan perasaan halus sesama mereka; hubungan yang berakhir dengan satu [...]

    7. Semerah Red Velvet… Best! Best! Best!Alhamdulillah, saya habiskan naskah ini sepanang saya dihospital. Jujurnya, ini adalah karya Hezzy Azra yang kedua yg menjadi koleksi saya. Dan, seperti biasa, karya ini memang tidak menghampakan.Garapan yang cukup baik hinggakan hati saya terpasung untuk terus menyelami kisah Raina dan Emir huhuhuhu w/pun saya kurang skit ngan nama Emir, saya pejamkan jer mata hehehehe).Saya amat tertarik dengan perwatakan Raina. Gadis cekal yang sanggup menepikan keperlua [...]

    8. Permulaan yang sangat menyampah dengan watak si Syahir ngok tu Siyes, memang rasa nak bergabung tapak tangan dengan Raina untuk menampar Syahir tu :pBest citer ni Layan dari malam sampai subuh Dah lama beli buku ni tapi baru malam tadi dibukakan baju plastiknya Sempat jugak merembeskan airmata pada beberapa scene Mujur dah ada semua buku penulis ni kecuali yang terbaru tapi baru baca yang ni sampai habis Buku yang lain tu masih lagi berbaju plastik kecuali Kenangan Terindah yang still KIV

    9. Perkara pertama yang saya suka,dalam SRV ada nilai kekeluargaan yang sangat tinggi.Maksudnya hubungan antara adik beradik Rania sangat awesome.Ada abang,ada kakak,ada adik yang sporting dan berkongsi suka dan dukam,hubungan adik beradik yang sangat rapat dan erat.Dan saya rasa Pak Samad merupakan bapa penyayang.Tersentuh bila baca dialog ni : " Rai anak abah yang dah lakukan macam-macam untuk abah dan lain-lain.Rai jugak dan korbankan masa dan tenaga untuk pastikan rumah kita ni sama seperti ket [...]

    10. Perkenalan singkat Emir dan Raina membawa kepada perkahwinan.Emir, lelaki awal 30-an yang teratur dan disiplin hidupnya. Ada susun aturnya, ada protokolnya. Kalau di meja makan, sunyi sepi.Raina pula anak gadis awal 20-an yang pandai berdikari. Ahli keluarganya ramai. Keriuhan adalah halwa telinganya. Suasana senyap sunyi buat dia rimas.Berkahwin dengan Emir membuat dia amat bahagia namun dapatkah dia menyelit dalam hidup Emir yang strict? Tambah2 mak mertuanya plak jenis strict juga dan ada cla [...]

    11. Book #47 - 2014Again. This book tidak menghampakan. The beginning was quite slow but as it progresses,It really gets interesting. Why interesting? Macam meliat cerita korea lah! Hikhikhik. Selalu Emir and Raina ni berada di tempat yang smaa tetapi selalu tidak pandai bertembung. Rasa terkepal-kepal penumbuk sebab geram hati mereka tidak "berjodoh". But once they finally meet, durang tak lepaskan peluang dan akhirnya berkahwin. The book also contains a lot of pengajaran for couples yang baru-baru [...]

    12. dua manusia berlainan family background jatuh cinta, kemudian jatuh 'tangga' kerana kegagalan komunikasi mantap & penuh nilai2 murni yg blh jd teladan

    13. raina berbolak balik dengan hubungannya bersama syahir yang sering cemburu buta dan mengongkong kehidupannya. sehingga syahir memalukannya ketika dia berbual dengan emir, salah seorang pelanggan kafe boraque membuat raina patah hati untuk berbaik dengan syahir yang sememangnya tidak pernah menghormati dirinya dan selalu menghina keluarganyaemir pula, seorang anak ibu yang begitu komited terhadap kerjaya dan pelajaran tertarik dengan raina. mereka bertemu berjumpa dan tidak mahu bercinta lama men [...]

    14. Cover buku dah buat hati tertarik. Dari jauh dah nampak di rak. Sampai dekat dan capai, tajuk pun dah okay. Terkenang pula kek red velvet yang En Suami makan walaupun saya tengok saja. Saya tak minat kek. Hehe.Raina, gadis berusia 21 tahun, berkelulusan SPM, masih tinggal bersama keluarga dan bekerja di sebuah kafe. Tahap kesabaran Raina yang tinggi amat mengkagumkan terutamanya melayan Syahir, teman lelaki pemalas yang kuat cemburu.Sikap Syahir yang tak berubah walaupun puas ditegur sepanjang 2 [...]

    15. Sweet! Rania dan Emir mula rapat sejak satu kejadian salah faham di kafe Baroque di mana dia berkerja. Dalam masa sebulan, Emir telah melamar Rania dan mahu mereka cepat-cepat menikah. Hidup mereka bahagia walaupun mereka banyak perbezaan. Emir sedang mengejar cita-citanya untuk dapatkan Phd dan Rania pula hanya ada lulusan SPM. Rania tidak berminat untuk belajar tetapi dia mahu berniaga kek yang dibuat sendiri. Hubungan mereka mula bermasaalah bila masing-masing mula rasa cemburu dan curiga gar [...]

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *